WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan mula menghantar surat kepada negara-negara rakan dagangnya bermula Isnin ini bagi memaklumkan pelaksanaan tarif baharu serta perjanjian perdagangan, kata Presiden Donald Trump. Trump memaklumkan surat rasmi berkenaan akan dihantar kepada “pelbagai negara di seluruh dunia” bermula tengah hari Isnin (1600 GMT), menurut kenyataannya di platform Truth Social. Langkah ini susulan keputusan pentadbirannya sebelum ini yang menetapkan kadar tarif asas sebanyak 10 peratus ke atas hampir…