Anak harimau bintang salji pertama dilahirkan di UK

Anak harimau bintang salji pertama dilahirkan di UK

TANGKAP layar video menunjukkan anak harimau bintang salji pertama dilahirkan di Zoo Chester di UK.-agensi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Zoo Chester mengumumkan kelahiran anak harimau bintang salji pertama, detik bersejarah dalam tempoh 94 tahun penubuhannya.

Anak harimau salji yang jarang ditemui itu dilahirkan pada Selasa, 10 Jun 2025 daripada pasangan induk Nubra dan Yashin yang masing-masing berusia tiga tahun.

Anak harimau itu dan ibunya ditempatkan bersama di dalam sebuah kandang yang selesa, dengan setiap detik awal pergerakannya dirakam menerusi kamera tersembunyi.

Kelahiran ini merupakan sebahagian daripada program pembiakan antarabangsa yang bertujuan melindungi spesies terancam itu, yang kini berdepan ancaman kehilangan habitat dan pemburuan haram. 

“Penjaga zoo sentiasa memantau rapat perkembangan ‘keluarga baharu’ ini melalui kamera dan memerhatikan hubungan erat antara ibu dan anak.

“Buat masa ini, kedua-duanya masih belum dipertontonkan kepada umum bagi memastikan anak harimau itu mendapat permulaan hidup yang terbaik, namun dijangka akan mula meneroka habitat luar mereka dalam beberapa minggu akan datang,” jelas zoo itu.

Dianggarkan hanya sekitar 4,000 ekor harimau bintang salji yang masih hidup di habitat semula jadi dan kelahiran ini membawa harapan baharu terhadap kelangsungan spesies tersebut.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN