LONDON: Seramai 67 ahli Parlimen Britain mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri Keir Starmer mewujudkan satu skim visa khas bagi rakyat Palestin di Gaza yang mempunyai ahli keluarga menetap di Britain. Gesaan itu disampaikan melalui sepucuk surat rasmi yang ditujukan kepada Perdana Menteri serta Setiausaha Dalam Negeri, Yvette Cooper, agar menubuhkan Gaza Family Scheme iaitu mirip skim visa Ukraine Family Scheme yang diperkenalkan pada 2022 bagi membantu pelarian dari Ukraine berikutan…










