TOKYO: Pihak berkuasa Jepun berjaga-jaga selepas ribuan pistol mainan plastik yang dijadikan hadiah dalam mesin ‘claw’ di seluruh negara itu didapati berupaya menembak peluru hidup. Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) dalam satu amaran terbaharu mendedahkan sebanyak 16,000 pistol mainan yang diimport dari China sudah diedarkan ke seluruh Jepun sebagai hadiah permainan, namun hasil pemeriksaan menunjukkan senjata itu boleh digunakan sebagai senjata api sebenar. Pistol mainan yang dikenali sebagai ‘Real Gimmick Mini Revolver’ itu kelihatan tidak berbahaya pada pandangan mata kasar kerana diperbuat daripada plastik berwarna terang serta dilengkapi lapan butir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya