KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky pada Khamis mengumumkan pelantikan Gennadiy Shapovalov sebagai Komander Angkatan Darat negara itu yang baharu, menggantikan komander terdahulu yang meletak jawatan susulan serangan maut Russia terhadap kawasan latihan tentera Ukraine baru-baru ini. Shapovalov sebelum ini pernah bertugas sebagai pegawai perhubungan ketenteraan Ukraine di Jerman dan juga mengetuai daerah ketenteraan selatan Ukraine. Dalam ucapan khas, Zelensky menyatakan harapan Shapovalov mampu membawa “pengalaman tempur sebenar” ke dalam peranan penting tersebut disamping turut menggesa agar perubahan drastik dilaksanakan dalam struktur ketenteraan negara yang kini sedang berhempas-pulas mempertahankan wilayah daripada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya