HANOI: Vietnam akan memansuhkan hukuman mati bagi lapan kesalahan jenayah utama termasuk penyelewengan dana dan cubaan menggulingkan kerajaan, bermula 1 Julai ini, lapor media rasmi negara. Langkah bersejarah itu diluluskan sebulat suara oleh Perhimpunan Kebangsaan, iaitu badan perundangan tertinggi Vietnam yang meluluskan pindaan terhadap Kanun Jenayah negara tersebut pada sesi persidangan yang berlangsung awal pagi tadi. Menurut laporan Agensi Berita Vietnam (VNA), antara kesalahan lain yang tidak lagi akan dikenakan…










