Ukraine musnahkan 40 pesawat perang Russia - Utusan Malaysia

Ukraine musnahkan 40 pesawat perang Russia

ukraine
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine melancarkan serangan jarak jauh terbesar sejak dengan memusnahkan 40 pesawat perang Russia di empat pangkalan tentera pada Ahad.

Presiden Volodymyr Zelensky berkata, sebanyak 117 dron digunakan dalam operasi oleh Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) yang menyerang 34 peratus daripada pembawa peluru berpandu jelajah strategik (Russia).

Sumber SBU sebelum ini memberitahu BBC News serangan itu mengambil masa satu setengah tahun untuk dirancang, melibatkan dron yang disembunyikan dalam kabin kayu bergerak dengan bumbung boleh dikawal dari jauh yang dibawa berhampiran pangkalan udara dan kemudian dilancarkan tepat pada masanya.

Russia mengesahkan serangan Ukraine di lima wilayah dan menyifatkannya sebagai tindakan pengganas.

Sementara itu, pihak berkuasa Ukraine melaporkan serangan besar-besaran oleh dron dan peluru berpandu di wilayah mereka sepanjang malam.

Serangan ini berlaku ketika perunding Russia dan Ukraine dijadual bertemu di Istanbul, Turki untuk pusingan kedua rundingan damai pada Isnin namun, jangkaan kejayaan adalah rendah memandangkan kedua-dua pihak masih berbeza pandangan tentang menamatkan perang.

Moscow kini menguasai sekitar 20 peratus wilayah Ukraine termasuk Semenanjung Crimea di selatan yang telah dianeksasi pada 2014.

Dalam beberapa hantaran di media sosial lewat Ahad, Zelensky mengucapkan tahniah kepada ketua SBU, Vasyl Maliuk atas hasil amat cemerlang daripada operasi tersebut.

Beliau berkata setiap daripada 117 dron yang dilancarkan mempunyai juruterbang tersendiri.

Zelensky juga berkata, semua individu yang terlibat dalam operasi itu dibawa keluar dari Russia dengan selamat sebelum serangan dilakukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN