Tujuh maut helikopter terhempas di utara India - Utusan Malaysia

Tujuh maut helikopter terhempas di utara India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya tujuh individu termasuk seorang juruterbang maut selepas sebuah helikopter terhempas berhampiran kuil Kedarnath di Uttarakhand, utara India, awal pagi Ahad.

Menurut laporan media tempatan yang dipetik agensi berita Xinhua, helikopter milik syarikat Aryan Aviation Pvt Ltd itu sedang dalam penerbangan dari Kedarnath ke Guptkashi sebelum terhempas di kawasan hutan di antara Gaurikund dan Trijuginarayan sekitar jam 5.30 pagi waktu tempatan.

Pegawai Pengurusan Bencana Daerah Rudraprayag, Nandan Singh Rajwar berkata, nahas dipercayai berpunca daripada jarak penglihatan yang terhad akibat cuaca buruk di kawasan Lembah Kedarnath.

“Kesemua tujuh mangsa termasuk enam penumpang dan juruterbang disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya kepada agensi berita PTI.

Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri (SDRF) bersama agensi berkaitan telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Insiden ini berlaku hanya beberapa hari selepas nahas pesawat Air India di Ahmedabad yang mengorbankan lebih 240 nyawa.

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar nahas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN