WASHINGTON: Presiden Donald Trump mengarahkan Marin Amerika Syarikat (AS) dan 2,000 lagi anggota Pengawal Kebangsaan dihantar ke Los Angeles, susulan protes ribuan penunjuk perasaan terhadap serbuan imigresen di bandar itu. Langkah itu didakwa sebagai sebahagian daripada strategi persekutuan untuk meredakan demonstrasi jalanan yang berlarutan selama empat hari berturut-turut. Pengerahan luar biasa 700 anggota tentera profesional sepenuh masa, dan ribuan Pengawal Kebangsaan, dijangka meningkatkan ketegangan di Los Angeles, bandar yang majoriti penduduk Latin. Marin AS dikenali sebagai angkatan pertama Amerika yang menawan kawasan pantai dalam campur tangan tentera AS, dan pasukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya