Suspek rempuhan Liverpool disifatkan ‘orang baik’

Suspek rempuhan Liverpool disifatkan ‘orang baik’

PAUL DOYLE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Suspek insiden rempuhan semasa perarakan Liverpool FC didedahkan kepada umum buat pertama kali dalam satu sidang media polis, baru-baru ini.

Paul Doyle, 53, berasal dari West Derby, Liverpool dikenakan tujuh pertuduhan termasuk memandu secara berbahaya, menyebabkan kecederaan parah dengan niat, mencederakan dengan niat mencetuskan kecederaan parah serta cubaan menyebabkan kecederaan parah dengan niat.

Doyle, yang sebelum ini digambarkan oleh jirannya sebagai seorang ‘lelaki hebat’ didakwa selepas kejadian Isnin lalu selepas merempuh orang ramai yang menghadiri sambutan kemenangan Liverpool FC dalam Liga Perdana Inggeris.

Menurut angka rasmi, seramai 79 orang telah cedera dalam kejadian tersebut.

Polis sebelum ini memaklumkan seorang lelaki berkulit putih ditahan namun identitinya tidak didedahkan.

Doyle tinggal bersama isteri dan tiga anak lelaki mereka dengan penduduk setempat menyifatkan lelaki itu seorang yang baik.

“Dia (suspek) merupakan orang yang baik, mereka sekeluarga dan anak-anaknya sopan serta beradab,” kata seorang jirannya.

Beberapa gambar percutian keluarga Doyle turut dikongsi dalam media sosialnya termasuk percutian ke Dubai dan Disneyland Florida memperlihatkan kehidupan keluarga yang bahagia.

Perbicaraan terhadap Doyle dijangka berlangsung dalam masa terdekat. Polis menegaskan bahawa siasatan terperinci sedang dijalankan berhubung kejadian itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN