WASHINGTON: Seorang lagi saintis warga China ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bagi dakwaan menyeludup bahan biologi ke negara itu, menjadikan jumlah individu berkaitan yang ditahan kini mencecah tiga orang dengan semuanya mempunyai kaitan dengan makmal di Universiti Michigan. Tertuduh, Chengxuan Han, ditahan di Lapangan Terbang Metropolitan Detroit pada Ahad lalu dan didakwa bagi kesalahan menyeludup bahan dari China yang dikatakan mengandungi spesimen biologi berkaitan cacing bulat (roundworms). Menurut dokumen…










