Rakyat Gaza tidak berpeluang nikmati daging korban Aidiladha tahun ini - Utusan Malaysia

Rakyat Gaza tidak berpeluang nikmati daging korban Aidiladha tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Persiapan menyambut Aidiladha di Gaza tahun ini berlangsung dalam suasana penuh kepahitan, ketika serangan Israel yang berterusan sejak 7 Oktober 2023 dan sekatan ketat sejak 2 Mac 2025 terus menghimpit rakyat Palestin.

Ketika umat Islam Palestin bersiap untuk menyambut Aidiladha kedua di bawah bayangan perang, Gaza kini berdepan krisis kebuluran dan kekurangan makanan yang semakin parah dengan Israel didakwa menggunakan kelaparan sebagai senjata perang terhadap penduduk wilayah itu.

Abu Hatim Al-Zarqa, seorang petani Palestin yang masih memelihara beberapa ekor ternakan kecil dalam keadaan serba kekurangan berkata, sejak Oktober tahun lalu tiada haiwan hidup yang dibenarkan masuk ke Gaza dan dia juga tidak dapat memperoleh makanan ternakan.

Menurut Al-Zarqa, jumlah haiwan korban yang ada di Gaza tidak mencukupi untuk keperluan penduduk malah harga yang terlalu tinggi menyebabkan orang ramai tidak mampu membelinya.

Penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal pula meluahkan kesedihan kerana tidak dapat merasai kegembiraan Aidiladha memandangkan mereka telah lama bergelut dengan kebuluran.

Akibat kebuluran yang dicetuskan oleh sekatan Israel, harga daging dan sayur-sayuran melonjak tinggi menyebabkan majoriti rakyat Gaza tidak mampu membelinya. Ramai yang tidak menikmati daging sejak berbulan-bulan lalu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN