MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada komuniti Islam di negara itu sempena Aidiladha, selain menekankan peranan perayaan itu dalam menghubungkan umat Islam dengan warisan sejarah serta kerohanian. “Aidiladha yang menandakan kemuncak ibadah haji di Tanah Suci, menyatukan masyarakat dan memberikan kegembiraan kepada umat Islam untuk menghayati warisan sejarah serta kerohanian paling berharga. “Dengan mengikuti ajaran dan tradisi nenek moyang mereka, umat Islam menyambut Aidiladha dengan melakukan amalan kebaikan…