Polis Iran tahan dua suspek ada kaitan dengan Mossad - Utusan Malaysia

Polis Iran tahan dua suspek ada kaitan dengan Mossad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Media Iran melaporkan pihak polis negara itu menahan dua individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan agensi perisikan Israel, Mossad.

Tangkapan dibuat ketika ketegangan antara kedua-dua negara terus memuncak dengan serangan balas yang semakin hebat memasuki hari ketiga.

Menurut agensi berita Tasnim yang memetik jurucakap polis, dua individu tersebut ditahan di wilayah Alborz, yang terletak di barat Teheran.

“Dua anggota pasukan pengganas Mossad yang sedang membuat bom, bahan letupan, perangkap dan peralatan elektronik telah ditahan,” kata jurucakap berkenaan.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut didedahkan berhubung identiti suspek atau butiran operasi penahanan tersebut.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN