BANGKOK: Tekanan agar Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, meletak jawatan semakin memuncak selepas rakaman panggilan telefonnya dengan bekas pemimpin Kemboja, Hun Sen, tersebar kepada umum. Kebocoran itu mencetuskan kemarahan rakyat dan turut mendorong satu daripada rakan utama dalam gabungan pemerintah menarik diri. Kerajaan gabungan yang diterajui parti Pheu Thai pimpinan Paetongtarn di ambang kejatuhan, sekali gus menjerumuskan negara itu dalam satu lagi episod ketidakstabilan politik ketika Thailand berusaha memulihkan ekonomi…










