JAKARTA: Sekurang-kurangnya 24 penerbangan melibatkan lokasi pulau peranginan Bali terpaksa dibatalkan hari ini selepas Gunung Lewotobi Laki-Laki di timur Indonesia meletus, memuntahkan asap dan abu panas setinggi 10 kilometer ke udara. Menurut laman sesawang rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Bali, antara syarikat penerbangan yang membatalkan penerbangan termasuk Jetstar dan Virgin Australia bagi laluan ke beberapa bandar utama Australia. Turut terlibat ialah syarikat penerbangan Air India, Air New Zealand, TigerAir dari Singapura…