VENICE: Majlis perkahwinan mewah pengasas Amazon, Jeff Bezos dan personaliti televisyen, Lauren Sanchez yang melabuhkan tirai dengan acara gala utama penuh glamor di Venice turut mengundang protes besar-besaran oleh penduduk kota ikonik Itali itu. Sekumpulan penduduk tempatan berkumpul di jeti dan jambatan terkenal Rialto bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kehadiran pasangan kaya tersebut bersama ratusan tetamu kenamaan yang terdiri daripada selebriti terkenal dan hartawan. Protes tersebut diketuai oleh…










