NEWARK: Aktivis pro-Palestin Mahmoud Khalil yang baru-baru ini dibebaskan daripada pusat tahanan imigresen Amerika Syarikat (AS) berikrar akan meneruskan perjuangannya mempertahankan hak rakyat Palestin meskipun berdepan risiko penahanan atau pengusiran semula oleh pentadbiran Presiden Donald Trump. Khalil, 30, disambut dengan sorakan dan laungan kegembiraan oleh rakan-rakan dan penyokongnya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty, New Jersey pada petang Sabtu. Beliau turut disambut isterinya, seorang warganegara AS serta Ahli…










