Lelaki berjanggut berisiko tinggi bawa kuman

Lelaki berjanggut berisiko tinggi bawa kuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lelaki berjanggut sering menjadi simbol maskulin, namun perlu lebih berhati-hati berikutan kajian terbaharu men­dedahkan janggut berpoten­si mengandungi lebih ba­nyak kuman.

Pakar Mikrobiologi Klinikal dari Universiti Leicester, Dr. Primrose Freestone dalam artikelnya di The Conversation menjelaskan struktur janggut menyediakan persekitaran yang ideal untuk pembiakan pelbagai mikroorganisma.

“Janggut mewujudkan ruang yang hangat dan lembap de­ngan sisa makanan serta minyak mudah terperangkap sekali gus amat sesuai untuk pertumbuhan mikrob,” katanya.

Lebih membimbangkan, katanya, terdapat juga kes apabila jumlah kuman yang dijumpai dalam janggut lelaki lebih tinggi daripada tandas.

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal European Radiology pada 2018, penyelidik menganalisis perbezaan ta­hap kebersihan antara janggut lelaki dan bulu anjing, khususnya ketika menggunakan mesin pengimbas MRI yang sama.

Keputusan kajian itu menunjukkan kesemua 18 lelaki yang diuji mempunyai jumlah bakteria yang tinggi dalam janggut mereka, berbanding hanya 23 daripada 30 anjing yang menunjukkan jumlah mikroorganisma tinggi, manakala tujuh ekor lagi mencatatkan tahap sederhana.

Janggut boleh menjadi punca penyebaran jangkitan kulit se­perti impetigo sejenis ruam berjangkit sering dikaitkan dengan bakteria Staphylococcus aureus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN