SYDNEY: Biola, kuali, penyedut hampagas dan ratusan tali pinggang antara barangan yang ditemukan dalam senarai lelongan tahunan barang hilang di Lapangan Terbang Sydney, Australia. Lebih 40 juta penumpang melalui terminal lapangan terbang tersibuk negara itu sepanjang tahun lalu, dan ribuan barangan tertinggal oleh pemiliknya. Sekitar 7,000 barangan dipulangkan, namun kira-kira 2,000 lagi gagal dituntut dan kini dilelong bagi tujuan kebajikan. Antara barangan yang dianggap biasa termasuk pakaian, komputer riba, pembelian…