NEW YORK: Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi berkata, Iran berkemungkinan besar dapat memulakan semula pengeluaran uranium diperkaya dalam tempoh beberapa bulan walaupun kemudahan nuklear negara itu mengalami kerosakan akibat serangan udara Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Israel melancarkan siri serangan udara ke atas tapak nuklear dan ketenteraan Iran pada 13 Jun diikuti AS yang turut menyerang tiga fasiliti utama digunakan dalam program nuklear republik Islam itu. Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi mengesahkan kerosakan yang dialami kemudahan nuklear negara itu adalah serius namun perincian lanjut masih belum diketahui. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya