TEHERAN: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) memaklumkan pasukannnya menggunakan peluru berpandu hipersonik dalam serangan terbaharu terhadap Israel, ketika pertempuran antara kedua-dua musuh ketat itu memasuki hari keenam. “Dalam gelombang ke-11 Operasi Janji Jujur 3 yang membanggakan, peluru berpandu Fattah-1 telah digunakan,” kata IRGC dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh televisyen kerajaan, IRGC mendakwa pasukan Iran kini sudah menguasai sepenuhnya ruang udara wilayah-wilayah yang diduduki. Agensi berita Mehr turut melaporkan Iran melancarkan peluru berpandu Fattah-1 ke arah Israel, menurut hantaran di platform X. Saluran televisyen milik kerajaan, Press TV, juga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya