TEHERAN: Iran memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) agar bersedia menerima serangan balas dengan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan sekiranya negara itu cuba campur tangan dalam konflik yang sedang berlaku dengan Israel. Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Ali Bahreini menyampaikan kenyataan itu dalam satu sidang media, menurut laporan AFP. “Kami akan bertindak balas dengan tegas dan akan menghentikan sebarang bentuk pencerobohan, sama ada dari pihak Israel…









