Impian Dr Komi berhijrah ke London tidak kesampaian, terkorban bersama suami dan anak - Utusan Malaysia

Impian Dr Komi berhijrah ke London tidak kesampaian, terkorban bersama suami dan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sebuah keluarga yang menaiki penerbangan Air India yang terhempas semalam, sempat merakam sekeping gambar swafoto dalam keadan ceria beberapa jam sebelum nahas tragis menimpa mereka.

Mereka kelihatan gembira untuk memulakan kehidupan baharu bersama di London, setelah Dr Komi Yvas dikatakan sanggup berhenti kerja sebagai pakar perubatan di sebuah hospital dekat Udaipur, India, semata-mata mahu menyertai suaminya, Dr Pratik Joshi di London.

Menurut laporan stesen televisyen tempatan NDTV, Dr Yvas baru sahaja meletak jawatan sebagai doktor di hospital berkenaan, dua hari sebelum pesawat dinaiki keluarga itu ditimpa nasib malang.

Impian untuk hidup bersama dengan tiga anak mereka iaitu Nakul dan Pradyut, pasangan kembar berumur 5 tahun dan anak perempuan mereka, Miraya, 6, bagaimanapun tidak kesampaian.

Semalam, 241 daripada 242 penumpang dan anak kapal dalam pesawat Air India yang terhempas sejurus setelah berlepas dari bandar Ahmedabad, India, disahkan maut,

Nahas tragis itu membabitkan penerbangan menuju ke London, United Kingdom (UK).

Pesawat Boeing 787 Dreamliner itu membawa 169 warga India, Britain (53), Portugal (tujuh) dan seorang warga Kanada tatkala ia terhempas di kawasan perumahan berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad di negeri Gujarat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN