NEW DELHI: Sebuah keluarga yang menaiki penerbangan Air India yang terhempas semalam, sempat merakam sekeping gambar swafoto dalam keadan ceria beberapa jam sebelum nahas tragis menimpa mereka. Mereka kelihatan gembira untuk memulakan kehidupan baharu bersama di London, setelah Dr Komi Yvas dikatakan sanggup berhenti kerja sebagai pakar perubatan di sebuah hospital dekat Udaipur, India, semata-mata mahu menyertai suaminya, Dr Pratik Joshi di London. Menurut laporan stesen televisyen tempatan NDTV, Dr Yvas baru sahaja meletak jawatan sebagai doktor di hospital berkenaan, dua hari sebelum pesawat dinaiki keluarga itu ditimpa nasib malang.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya