Hyundai cipta robot parkir canggih

Hyundai cipta robot parkir canggih

ROBOT parkir WIA memudahkan pemandu meletak kereta terutama di ruang sempit.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Gergasi pengeluar kereta dari Korea Selatan, Hyundai membangunkan robot parkir canggih mampu meletak kereta dengan lebih cekap berbanding tenaga manusia.

Syarikat kereta melaburkan berbilion-bilion dolar dalam penyelesaian parkir automatik canggih bagi mengurangkan tekanan pemandu ketika meletak kereta terutama di ruang sempit.

Justeru, Hyundai membangunkan robot parkir WIA yang mampu meluncur di bawah hampir semua jenis kereta, mengangkat rodanya dan kemudian meletakkan kenderaan dengan sempurna di ruang yang ditetapkan.

“Diperkenalkan tahun lalu, WIA terdiri daripada logam rata setebal tidak lebih daripada 110 milimeter (mm) yang meluncur di bawah kenderaan sehingga 2.2 tan, mengeluarkan sepasang lengan logam untuk mengangkat keempat-empat roda dan kemudian memarkir kereta lebih baik daripada mana-mana manusia. 

“Robot parkir rata Hyundai ini dilengkapi dengan kamera dan LiDAR dan boleh bergerak pada kelajuan 1.2 meter sesaat, berfungsi secara serentak untuk mengalihkan kereta ke ruang parkir,” jelas syarikat itu.

Dalam demonstrasi asalnya, pembangun dari Korea Selatan itu memaklumkan kod QR memudahkan kerja robot tersebut, membantu memadankan setiap kereta dengan ruang parkir yang ditetapkan.

Dalam masa kurang setahun sejak pelancaran robot parkir WIA, Hyundai sudah melaksanakan sistem ini di bangunan pejabat Seongsu mereka di Seoul serta Pusat Inovasi Singapura dengan rakaman video menunjukkan ia beroperasi dengan baik. 

Sistem Kawalan Parkir Pintar syarikat itu dilaporkan mampu mengendalikan sehingga 50 robot secara serentak. 

Menariknya, robot yang hampir serupa dipamerkan oleh syarikat China, Shenzhen Shanyi Technologies tetapi digunakan untuk mengangkat kenderaan yang diparkir secara haram di jalan raya serta ruang parkir dengan lebih berkesan berbanding trak tunda. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN