Digelar ‘pelik’, pekerja autistik terima pampasan RM100,000

Digelar ‘pelik’, pekerja autistik terima pampasan RM100,000

MALCOLM King perlu membayar pampasan sebanyak 17,000 pound selepas didapati bersalah melakukan diskriminasi kepada seorang pekerjanya. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARDIFF: Seorang pekerja autistik di pusat kanak-kanak yang berdepan diskriminasi dan penghinaan daripada majikannya menerima pampasan lebih 17,000 pound (RM100,000) selepas Mahkamah Perusahaan di Britain memutuskan dia menjadi mangsa gangguan berkaitan keupayaan dirinya.

Nicholas James, yang bekerja sebagai pekerja projek di The Venture, sebuah organisasi komuniti untuk golongan muda di Wrexham, Wales tidak dapat bekerja dengan baik sekiranya terdapat muzik latar dimainkan, khususnya dalam sesi terbuka yang turut dihadiri orang awam.

Namun begitu, permintaan­nya untuk bekerja dalam persekitaran senyap sering diketepikan oleh majikannya, Malcolm King, yang bukan sahaja mempersenda keadaan James, malah menyamakan cabaran yang dihadapinya dengan kesan mabuk selepas berpesta.

Menurut keterangan dalam tribunal, King pernah bergurau sinis kepada James dengan mempersoalkan tahap keupayaan pekerja tersebut disamping pernah menggelar permintaan remaja tersebut sebagai ‘menyampah’.

Hakim Perusahaan Stephen Jenkins memutuskan kenyataan-kenyataan tersebut merupakan bentuk gangguan yang tidak diingini dan secara objektif telah menjejaskan maruah James.

“James jelas melihat kenyataan itu sebagai satu pelanggaran maruahnya, dan secara objektif, ia memang wajar dianggap sebagai satu tindakan yang menjatuhkan martabat seseorang,” ujar beliau dalam keputusan.

James yang turut digantung tugas bagi dakwaan tidak mela­por­kan satu insiden kemudian me­nyaman majikannya dengan ala­san diskriminasi, kegagalan me­lakukan penyesuaian munasabah dan potongan gaji tidak sah.

Tribunal turut memutuskan keputusan The Venture untuk mengeluarkan James daripada sesi terbuka adalah tidak wajar, dan perbandingan oleh King terhadap kesihatan mental James dengan seseorang yang mabuk turut dianggap memperlekehkan keupayaan pekerjanya itu.

Walaupun beberapa tuntutannya ditolak, tribunal menerima tuntutan berkaitan kegagalan majikan membuat penyesuaian munasabah, gangguan, dan pemotongan gaji yang tidak dibenarkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN