Peluru berpandu DF-5B lebih kuat dari bom atom Hiroshima

DF-5B lebih kuat dari bom atom Hiroshima, Nagasaki

PELURU berpandu itu boleh terbang maksimum sejauh 12,000 kilometer dengan ketepatan serangan dalam lingkungan sekitar 500 meter.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China buat pertama kali mendedahkan keupayaan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) generasi terkininya, DF-5B, yang mampu membawa kemusnahan berkali ganda lebih dahsyat berban­ding bom atom Hiroshima dan Nagasaki sewaktu Perang Dunia Kedua.

Pendedahan luar biasa itu dibuat menerusi siaran media rasmi negara itu, CCTV, yang menyifatkan DF-5B sebagai peluru berpandu strategik generasi pertama milik China.

Peluru berpandu itu boleh terbang maksimum sejauh 12,000 kilometer dengan ketepatan serangan dalam lingkungan sekitar 500 meter.

Keupayaan ini membolehkan peluru berpandu itu menyerang hampir seluruh benua Eropah dan hampir keseluruhan wilayah Amerika Syarikat (AS).

DF-5B juga dipercayai mampu membawa hulu ledak nuklear seberat antara tiga hingga empat megatan, iaitu sekitar 200 kali ganda lebih kuat berbanding bom atom yang digugurkan ke atas Hiroshima pada tahun 1945 yang hanya mempunyai kekuatan sekitar 15 kilotan TNT manakala, bom atom yang melanda Nagasaki pula mempunyai kekuatan sekitar 21 kilotan TNT.

DF-5B turut dilengkapi teknologi MIRV (Multiple Independently Targetable Reentry Vehicle) yang membolehkan satu peluru berpandu membawa sehingga 10 hulu ledak nuklear yang boleh disasarkan ke lokasi-lokasi berbeza secara serentak.

Setiap hulu ledak ini mampu bergerak secara bebas dan menyasarkan kawasan tertentu, menjadikan sistem pertahanan peluru berpandu sedia ada sukar untuk menghalangnya sekaligus menjadikan DF-5B jauh lebih berbahaya dan canggih berbanding senjata nuklear lain yang diketahui umum.

Walaupun motif sebenar pendedahan ini tidak diketahui, penganalisis percaya Beijing ingin mempamerkan kemajuan ketenteraannya sebagai usaha menangkis ancaman luar dan menonjolkan kekuatan strategik negara itu kepada dunia.

Sebelum ini, perisikan AS memberi amaran Beijing berkemungkinan memulakan langkah awal untuk menyerang Taiwan dengan menawan pulau-pulau kecil terlebih dahulu dengan September tahun lalu, China melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua berkemampuan nuklear ke arah Lautan Pasifik, ujian pertama seumpamanya dalam tempoh 40 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN