WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebenarnya mengetahui rancangan Israel untuk menyerang Iran awal pagi semalam apabila beliau memberi amaran satu konflik besar boleh tercetus di Asia Barat. Beliau berkata, konflik itu boleh berlaku dalam masa terdekat sekiranya rundingan berkaitan program nuklear Iran gagal mencapai kata sepakat. “Ada kemungkinan besar konflik berskala besar tercetus. Ramai rakyat AS berada di kawasan ini. Saya tidak mahu menjadi pihak yang gagal memberi…










