BEIJING: Lebih 80,000 penduduk di wilayah Guizhou, barat daya China, terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat berterusan menyebabkan banjir besar melanda kawasan berkenaan, menurut laporan media rasmi negara itu. China ketika ini sedang menghadapi musim panas ekstrem dengan gelombang haba melanda sebahagian besar wilayahnya, manakala ribut petir dan hujan lebat membadai kawasan lain termasuk Guizhou. Menurut agensi berita rasmi Xinhua, pasukan penyelamat digerakkan ke dua daerah di Guizhou selepas pihak berkuasa…










