Wanita terperangkap dalam tandas mudah alih di China - Utusan Malaysia

Wanita terperangkap dalam tandas mudah alih di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HEBEI: Seorang wanita secara tidak sengaja terperangkap dalam sebuah tandas mudah alih yang kemudiannya diangkat dan dibawa menaiki sebuah lori tanpa disedari pemandunya.

Insiden luar biasa yang berlaku di wilayah Hebei, berhampiran Beijing, China itu tular selepas rakaman memperlihatkan wanita berkenaan keluar tergesa-gesa dari tandas berkenaan sebaik lori berhenti.

Menurut laporan portal What’s The Jam, wanita tersebut dipercayai berada dalam tandas berkenaan ketika ia diangkat ke atas lori oleh sekumpulan pekerja sebelum dibawa berjalan jauh dianggarkan puluhan batu tanpa sesiapa pun menyedari kehadirannya.

Walaupun tiada hentian rehat diperlukan sepanjang ‘perjalanan’, kejadian itu nyata mencetuskan pelbagai reaksi lucu dalam kalangan pengguna media sosial.

Tidak dapat dipastikan bagaimana wanita itu boleh berada dalam situasi sedemikian, namun menurut laporan Daily Star, wanita itu kelihatan tenang dan penuh keyakinan ketika keluar dari tandas tersebut sambil mengangguk kepada pemandu lori sebelum beredar.

Sementara itu, dalam insiden berkaitan pada tahun 2022, seorang wanita dikenali sebagai Sara Gebreslassie menerima perhatian selepas menggunakan bidet mudah alih di tempat awam.

Tindakannya mencetuskan pelbagai reaksi, namun Sara menjelaskan kebersihan diri adalah keutamaan dan tidak perlu dimalukan.

Dia turut mengasaskan syarikat bidet lipat sendiri, Hadush, bagi mempromosikan amalan kebersihan wanita dengan cara yang lebih praktikal dan pantas.

Sementara itu, pada tahun 2020, satu siri kejadian letupan melibatkan tandas mudah alih dilaporkan di Pittsburgh, Amerika Syarikat, sehingga memaksa pasukan skuad bom dan unit jenayah dikerahkan menyiasat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN