Trump umum kadar tarif 100 peratus terhadap filem luar negara - Utusan Malaysia

Trump umum kadar tarif 100 peratus terhadap filem luar negara

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad mengumumkan beliau akan mengenakan tarif 100 peratus bagi semua filem yang dihasilkan di luar negara, dengan mendakwa industri perfileman Hollywood kini mengalami kemerosotan akibat trend pembikin filem tempatan memilih untuk berkarya di luar negara.

Pengumuman itu dibuat ketika pentadbiran Rumah Putih terus menerima kritikan hebat susulan dasar perdagangan agresif Trump, yang menyaksikan tarif besar-besaran dikenakan ke atas pelbagai negara di seluruh dunia.

“Saya telah mengarahkan Jabatan Perdagangan dan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat untuk segera memulakan proses mengenakan Tarif 100 peratus ke atas semua filem yang diimport ke negara kita dan dihasilkan di tanah asing,” kata Trump menerusi hantaran di platform media sosialnya, Truth Social.

Pengumuman Trump itu dibuat selepas China, antara negara yang paling terkesan dengan dasar perdagangan keras AS, termasuk tarif sehingga 145 peratus ke atas pelbagai barangan memaklumkan bulan lalu ia akan mengurangkan jumlah filem dari AS yang diimport ke negara itu.

“Industri filem Amerika sedang MATI dengan begitu cepat. Negara-negara lain menawarkan pelbagai insentif untuk menarik pembikin filem dan studio kita meninggalkan Amerika Syarikat,” katanya.

“Hollywood, dan banyak kawasan lain di dalam negara, sedang musnah,” tambah beliau, sambil menyifatkan situasi itu sebagai satu ancaman terhadap keselamatan negara.

Namun, tidak jelas bagaimana tarif tersebut akan dilaksanakan, mahupun sejauh mana kesannya terhadap industri filem.

Trump juga tidak menyebut sebarang rancangan untuk mengenakan cukai terhadap siri televisyen, satu sektor yang semakin popular dan menguntungkan dalam industri hiburan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya