BOSTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump menghalang Universiti Harvard untuk mengambil pelajar asing dalam satu tindakan terbaharu semalam. Langkah itu juga menyaksikan pelajar asing sedia ada di universiti tersebut terpaksa berpindah ke institusi pengajian lain atau kehilangan status undang-undang mereka. Trump turut mengancam untuk mengenakan pendekatan serupa terhadap universiti lain. Setiausaha Dalam Negeri AS, Kristi Noem mengarahkan jabatan itu menamatkan pensijilan Program Pelajar Asing dan Pertukaran Universiti Harvard. Noem menuduh universiti…










