BANGKOK: Kerajaan Thailand bakal mewajibkan pembeli ganja mengemukakan sijil perubatan sebagai syarat pembelian dalam usaha memperketat kawalan terhadap penggunaan tumbuhan itu selepas tiga tahun ia dinyahjenayah. Thailand menjadi antara negara pertama di Asia yang membenarkan penggunaan ganja, namun langkah itu dilakukan tanpa penggubalan undang-undang khusus bagi mengawal penjualan, pengeluaran atau penggunaannya. Akibatnya, industri ganja berkembang pesat secara mendadak dengan puluhan ribu kedai runcit dibuka terutamanya di kawasan pelancongan seperti Bangkok…











