Tembakan amaran Israel ke arah diplomat cetus kecaman

Tembakan amaran Israel ke arah diplomat cetus kecaman

KUMPULAN diplomat daripada beberapa negara melakukan lawatan ke kem pelarian Jenin di Tebing Barat, Palestin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Tentera Israel melepaskan tembakan amaran ketika lawatan sekumpulan diplomat asing ke wilayah Tebing Barat kelmarin mencetuskan kecaman meluas daripada masyarakat antarabangsa.

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Kaja Kallas menggesa Israel mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden tembakan berhampiran bandar Jenin itu.

Kementerian Luar Palestin menyelar tindakan Israel yang didakwa dengan sengaja melepaskan tembakan secara langsung ke arah delegasi diplomatik yang diiktiraf.

Seorang diplomat Eropah memberitahu kumpulan tersebut berada di kawasan itu untuk meninjau kemusnahan akibat operasi ketenteraan Israel selama berbulan-bulan.

Tentera Israel berkata, delegasi itu menyimpang daripada laluan yang diluluskan, sekali gus mendorong askar melepaskan tembakan amaran bagi menghalang mereka memasuki kawasan yang tidak dibenarkan.

Tentera regim itu bagaimanapun menyatakan kekesalan mengenai kesulitan yang timbul akibat insiden tersebut. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan terhadap insiden itu.

Insiden itu berlaku ketika tekanan antarabangsa semakin memuncak terhadap perang di Gaza.

Belgium menuntut penjelasan daripada Israel manakala Sepanyol menyatakan mereka berhubung dengan negara lain yang terlibat untuk menyelaraskan respon bersama terhadap kejadian berkenaan.

Menteri Luar Itali, Antonio Tajani memanggil duta Israel ke Rom dan menegaskan ancaman terhadap diplomat tidak boleh diterima.

Perancis turut memanggil duta Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN