Teleskop terbesar dunia rakam imej baharu matahari

Teleskop terbesar dunia rakam imej baharu matahari

GAMBAR jarak dekat menunjukkan sejumlah bintik matahari berhampiran pusat atmosfera dalam matahari.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Teleskop solar terbesar di dunia berjaya merakam imej baharu matahari, mendedahkan perincian yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Imej itu adalah yang pertama diambil oleh Penapis Menara Boleh Nampak (VTF), yang dipasang pada Teleskop Solar Inouye milik Yayasan Sains Kebangsaan Amerika Syarikat (AS).

Menurut kenyataan akhbar, alat canggih itu mampu membina pandangan tiga dimensi yang lebih dekat, membolehkan para saintis melihat dengan jelas perincian di permukaan matahari.

Gambar jarak dekat mendedahkan sekumpulan bintik matahari gelap bersaiz benua berhampiran pusat atmosfera dalam matahari.

Imej tersebut diambil dengan skala 10 kilometer (km) per piksel, memberikan butiran yang lebih terperinci.

Bintik matahari menandakan kawasan dengan aktiviti magnetik yang sangat kuat, berpotensi menjadi tempat berlaku letusan solar dan lonjakan jisim korona (CME).

Lonjakan jisim korona adalah awan besar gas terion dipanggil plasma dan medan magnet yang meletus di atmosfera luar matahari.

Saintis program instrumen Teleskop Suria NSF Inouye, Friedrich Woeger berkata, imej terperinci diambil pada awal Disember itu, penting untuk pengkaji mempelajari serta meramalkan cuaca solar yang berpotensi berbahaya.

“Ribut suria pada 1800-an (Peristiwa Carrington) dilaporkan begitu kuat sehingga menyebabkan kebakaran di stesen telegraf.

“Kita perlu memahami pendorong fizikal fenomena ini dan bagaimana ia boleh mempengaruhi teknologi dan kehidupan,” katanya.

Matahari melalui tempoh aktiviti magnetik tinggi dan rendah dalam kitaran 11 tahun.

Pada Oktober, saintis daripada Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA), Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dan Panel Ramalan Kitaran Suria Antarabangsa mengumumkan matahari mencapai puncak aktiviti, dikenali sebagai maksimum solar.

Semasa puncak itu, kutub magnet matahari terbalik dan lebih banyak bintik matahari muncul di permukaannya.- CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya