Skandal 1MDB: Tim Leissner mohon maaf kepada rakyat Malaysia - Utusan Malaysia

Skandal 1MDB: Tim Leissner mohon maaf kepada rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Bekas jurubank Goldman Sachs Group Inc., Tim Leissner yang dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah di New York semalam berikutan peranan pentingnya dalam skandal 1MDB memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Lapor Reuters, Leissner mengakui dan menyesali kesilapannya.

“Pertama kali, saya memohon maaf secara tulus ikhlas kepada semua rakyat Malaysia.

“Saya amat menyesali dengan perbuatan saya,” katanya.

Pihak berkuasa Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menganggarkan AS$4.5 bilion (RM19 bilion) dicuri dari 1MDB melibatkan pegawai peringkat tertinggi dalam dana itu.

Ketua Hakim, Margo Brodie menyifatkan tindakan Leissner biadap dan berani serta kesalahannya tidak boleh diterima kerana melibatkan rasuah di peringkat tertinggi di beberapa negara.

Leissner mengaku bersalah pada 2018 bagi konspirasi melanggar Akta Amalan Rasuah Asing dan menyertai konspirasi pengubahan wang haram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN