NEW YORK: Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) mengenakan hukuman penjara dua tahun kepada bekas jurubank Goldman Sachs yang memainkan peranan penting dalam skandal 1MDB. Hukuman itu diputuskan selepas pihak pendakwa memohon hukuman yang lebih ringan berikutan kerjasamanya. Timothy Leissner, individu utama yang merancang skim rasuah dan sogokan besar-besaran membabitkan dana kekayaan negara Malaysia, akan mula menjalani hukuman penjara 24 bulan pada September ini, menurut jurucakap Jabatan Kehakiman AS. Dia sebelum…











