Russia cadang rundingan baharu dengan Ukraine

Russia cadang rundingan baharu dengan Ukraine

VLADIMIR PUTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia mencadangkan rundingan baharu dengan Ukraine di Istanbul pada Isnin depan bagi membentangkan pelan penyelesaian damai namun Kyiv mahu melihat pelan itu terlebih dahulu.

Usaha diplomatik untuk menamatkan konflik yang kini memasuki tahun ketiga semakin giat dijalankan dalam beberapa bulan kebelakangan ini namun, Moscow terus menolak desakan gencatan senjata tanpa syarat dan masih berpegang kepada tuntutan berskala besar.

Kedua-dua pihak sebelum ini bertemu di Istanbul pada 16 Mei, pertemuan langsung pertama dalam tempoh lebih tiga tahun tetapi rundingan itu berakhir tanpa sebarang kemajuan.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mendesak perjanjian damai semakin kecewa dengan sikap Moscow yang seolah-olah melengah-lengahkan proses rundingan.

Trump memberi amaran dalam tempoh sekitar dua minggu, beliau akan menentukan sama ada Presiden Russia, Vladimir Putin benar-benar serius mahu menamatkan perang.

Ukraine memaklumkan me­reka sudah pun mengemukakan syarat damai kepada Russia dan kini menuntut agar Moscow melakukan perkara yang sama.

“Kami tidak menolak sebarang pertemuan lanjut dengan Russia dan kini menunggu memorandum mereka.

“Russia masih mempunyai sekurang-kurangnya empat hari sebelum bertolak bagi menyerahkan dokumen kepada kami untuk semakan. Diplomasi perlu bersifat substantif dan pertemuan seterusnya mesti menghasilkan sesuatu,” kata Menteri Pertahanan Ukraine, Rustem Umerov yang mewakili Kyiv.

Dalam pada itu, Russia memaklumkan akan membentangkan satu memorandum yang menggariskan syarat damainya pada rundingan tersebut.

“Delegasi kami yang diketuai oleh Vladimir Medinsky bersedia membentangkan memorandum kepada delegasi Ukraine dan memberikan penjelasan sewajarnya dalam pusingan kedua rundingan langsung di Istanbul pada 2 Jun,” kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov dalam kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN