WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio, mengarahkan pemprosesan visa pelajar dihentikan, dalam langkah terbaharu menyasarkan pelajar asing di negara itu. Rumah Putih kini memperketat tindakan terhadap pelajar asing di universiti AS, termasuk membatalkan visa dan mengusir mereka yang terlibat dalam protes perang di Gaza, dengan menuduhnya menyokong kumpulan pejuang Hamas. Sebelum ini, Rubio membatalkan ratusan visa, manakala pentadbiran Presiden Donald Trump turut memgambil langkah menghalang Universiti Harvard daripada menerima pelajar bukan warga Amerika. Menurut laporan AFP, Rubio mengarahkan kedutaan dan konsulat supaya tidak membenarkan sebarang temu janji baharu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya