WASHINGTON: Republikan mencadangkan pemansuhan kredit cukai kenderaan elektrik (EV), sebagai sebahagian daripada rang undang-undang pembaharuan cukai yang menyeluruh. Cadangan di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) itu turut merangkumi pemansuhan peraturan kecekapan bahan api yang direka untuk mendorong pembuat kereta membina lebih banyak kenderaan sifar pelepasan. Cadangan yang ditetapkan untuk pendengaran jawatankuasa berkaitan pada Selasa itu akan memansuhkan kredit cukai kenderaan baharu bernilai AS$5,700 (RM24,716) dan kredit kenderaan terpakai AS$4,000 (RM17,344)…










