Penjualan gula-gula Haribo ditarik balik selepas dicemari ganja - Utusan Malaysia

Penjualan gula-gula Haribo ditarik balik selepas dicemari ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NETHERLANDS: Pengeluar gula-gula Haribo mengeluarkan arahan menarik balik sjumlah gula-gula berperisa kola di Belanda selepas pihak berkuasa melaporkan beberapa individu jatuh sakit setelah memakan gula-gula yang dicemari ganja.

Pencemaran itu dikesan dalam tiga bungkusan gula-gula Happy Cola F!ZZ keluaran Haribo, menurut satu amaran daripada syarikat tersebut yang dikongsi pihak berkuasa keselamatan makanan dan produk pengguna Belanda.

Pihak berkuasa itu memberi amaran gula-gula tersebut boleh menyebabkan ‘aduan kesihatan seperti pening apabila dimakan’ selain menasihatkan orang ramai supaya jangan makan gulan-gula itu buat sementara waktu.
Pihak berkuasa yang menjalankan siasatan menyatakan beberapa individu, termasuk kanak-kanak, jatuh sakit selepas memakan gula-gula berbentuk botol kola itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Gula-gula berkenaan dimakan oleh keluarga dari wilayah Twente di timur Belanda, menurut kenyataan polis Belanda, yang menyatakan kesan gula-gula tersebut amat ketara, terutamanya terhadap kanak-kanak kecil.

Sampel gula-gula tersebut disahkan positif mengandungi ganja, kata jurucakap pihak berkuasa keselamatan makanan, Saïda Ahyad, dalam satu kenyataan.

Polis Belanda enggan mendedahkan berapa ramai yang sudah memakan gula-gula tersebut secara keseluruhan, dengan alasan masih terlalu awal untuk berkongsi maklumat lanjut.

Haribo, yang diasaskan di Jerman pada 1920, terkenal dengan produk gula-gula “gummy” beruangnya. Kini, syarikat itu mengedarkan pelbagai jenis gula-gula “gummy” ke lebih 120 negara.

Menurut laman Haribo Belanda, walaupun hanya tiga bungkusan tercemar yang sudah dikenal pasti setakat ini, syarikat itu menarik balik keseluruhan kelompok gula-gula berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga. Penarikan balik itu melibatkan bungkusan seberat satu kilogram yang dijual di Belanda dan mempunyai tarikh luput pada Januari 2026.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN