Najis penguin bantu sejukkan cuaca dunia

Najis penguin bantu sejukkan cuaca dunia

NAJIS penguin kaya dengan ammonia yang apabila dibebaskan ke udara, mampu membentuk awan yang memantulkan cahaya matahari. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penguin kini dianggap ‘wira iklim’ oleh para aktivis alam sekitar selepas najis haiwan itu memainkan peranan penting dalam membantu mengurangkan kesan perubahan iklim.

Menurut penyelidik, najis penguin kaya dengan kandungan ammonia yang apabila dibebaskan ke udara, mampu membentuk awan yang memantulkan cahaya matahari sekali gus menurunkan suhu bumi dan kesan ini paling ketara dapat dilihat di kawasan Artik dan pesisir pantai.

Para saintis mendapati, kehadiran awan yang lebih tebal hasil tindak balas bahan kimia daripada najis penguin menyumbang kepada pembentukan semula ais laut di kawasan seperti Antartika.

Penemuan ini diperoleh hasil pemantauan di Stesen Penyelidikan berhampiran Pangkalan Marambio, Antartika yang terletak berdekatan koloni kira-kira 60,000 ekor penguin spesies Adelie.

“Peningkatan ammonia yang dibebaskan daripada najis penguin didapati membantu pembentukan awan dan seterusnya menyejukkan suhu persekitaran. Kesan ini lebih ketara di kawasan pantai, namun boleh merebak lebih jauh apabila dibawa angin,” kata penyelidik.

Walaupun ammonia mempunyai jangka hayat yang singkat di atmosfera, ia bertindak secara perlahan menjadikan kesannya terhadap cuaca lebih berpanjangan dan mampu menawarkan kelegaan jangka masa panjang daripada kesan pemanasan global.

Para saintis turut menyatakan fenomena luar biasa ini mungkin dapat membantu mengurangkan suhu panas melampau yang telah menyebabkan gelombang haba dan kebakaran belukar di seluruh Britain sejak beberapa tahun kebelakangan ini namun, usaha untuk menyejukkan cuaca dunia dijangka tidak akan disambut baik oleh mereka yang menggemari cuaca cerah, terutamanya ketika cuti hujung minggu.

“Tekanan tinggi yang mendominasi cuaca beberapa minggu kebelakangan ini akan mula berkurangan minggu ini, membawa kepada keadaan cuaca yang lebih tidak menentu dengan banyak kawasan bakal menerima hujan atau ribut petir, sekali gus menamatkan tempoh kering yang berpanjangan,” kata Timbalan Ketua Pakar Meteorologi Britain, Mark Sidaway.

Penemuan itu sekali gus membuka ruang baharu dalam pemahaman saintifik tentang sumbangan biodiversiti kepada keseimbangan iklim dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN