BAITULMUQADDIS: Beberapa negara menghantar pesawat pemadam kebakaran ke Israel kelmarin bagi membantu memadamkan kebakaran hutan besar yang kini memasuki hari kedua. Kebakaran hutan terbesar di negara itu memaksa penutupan lebuh raya utama menghubungkan Tel Aviv dan Baitulmuqaddis serta menyebabkan pemandu meninggalkan kenderaan mereka dalam keadaan panik. Antara negara yang menghantar pesawat bagi membantu memadamkan api termasuk Itali, Croatia, Sepanyol, Perancis, Ukraine dan Romania manakala beberapa negara lain seperti Macedonia Utara…










