BAITULMUQADDIS: Kebakaran hutan kembali tercetus di kawasan berhampiran Baitulmuqaddis barat semalam, beberapa jam selepas bomba mengawal kebakaran besar yang berlaku di tengah Israel, lapor Anadodu Ajansi (AA).
Kebakaran baharu dikesan di kawasan Latrun yang terletak antara Baitulmuqaddis dan Tel Aviv, sehari selepas api dikawal pada Khamis.
Kebakaran besar sebelum ini di kawasan Bukit Baitulmuqaddis memusnahkan kira-kira 1999.9 hektar kawasan tanah hutan dan hanya dapat dikawal selepas operasi pemadaman selama hampir 30 jam.
Media penyiaran awam Israel, KAN dan Channel 12 turut memetik kenyataan rasmi, satu pasukan penyiasat khas ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kebakaran itu.
Ratusan penduduk di beberapa bandar kecil diarahkan berpindah selepas api marak dengan cepat antara Baitulmuqaddis dan Tel Aviv.
Beberapa jalan utama turut sesak apabila ramai pemandu terpaksa meninggalkan kenderaan dan melarikan diri dari kawasan terbakar.