Kapal Freedom Flotilla Coalition terkandas di Malta - Utusan Malaysia

Kapal Freedom Flotilla Coalition terkandas di Malta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang dalam pelayaran ke Gaza kini terkandas di perairan antarabangsa berhampiran Malta selepas disyaki diserang dron pada Jumaat, ketika rundingan masih diteruskan dengan pihak berkuasa Malta bagi membenarkan kapal itu berlabuh.

Kapal Conscience yang dikendalikan oleh Freedom Flotilla Coalition terkena serangan dron pada awal pagi 2 Mei ketika dalam pelayaran dari Tunisia ke Gaza.

Menurut mereka yang berada di atas kapal, letupan menyebabkan kebakaran serta kerosakan serius pada bilik enjin dan badan kapal.

Tiada kecederaan serius dilaporkan membabitkan 16 orang yang berada di atas kapal, termasuk anak kapal, wartawan serta petugas kemanusiaan dari lebih 20 negara.

Dalam temu bual bersama Anadolu Ajansi, Pengerusi Persatuan Kebebasan dan Solidariti Mavi Marmara, Ismail Songur yang turut berada di atas kapal berkata letupan pertama disusuli kebakaran yang berlarutan hampir empat jam.

“Kami melihat sebuah dron terbang di atas, dan tidak lama kemudian berlaku satu lagi letupan,” katanya.

Usaha menghubungi perkhidmatan kecemasan dilaporkan terganggu apabila sistem komunikasi diganggu dan isyarat kecemasan disekat.
Pasukan kecemasan Malta hanya tiba beberapa jam kemudian.

Kapal itu kini berada kira-kira 12 batu nautika dari Malta dan berada di bawah pemantauan kapal pengawal pantai.

Ia tidak dibenarkan bergerak selagi kebenaran untuk berlabuh belum diperoleh.

Pihak berkuasa Malta menyatakan kesediaan untuk membantu, namun meminta pemeriksaan terhadap kargo kapal bagi mengesahkan ia hanya membawa bantuan kemanusiaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya