Kanak-kanak diterkam buaya ketika ambil bola di sungai

Tragedi di sungai: Diterkam buaya ketika ambil bola

LESEN memburu terbuka untuk mengurangkan konflik buaya-manusia mungkin tidak berkesan. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAMBI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun maut selepas diterkam seekor buaya sepanjang empat meter ketika cuba mengambil bola yang terjatuh ke dalam sungai di Jambi, Indonesia dan kejadian itu disaksikan sendiri oleh rakan-rakannya.

Mangsa, Muhammad Syahputra Almanda, bermain bola bersama beberapa rakannya di sebuah padang berhampiran kampung mereka pada Sabtu lalu sebelum kejadian ngeri itu berlaku.

Menurut polis, mangsa meminta rakannya membaling bola ke arah sungai berdekatan, sebelum dia terjun ke dalam air untuk mengambil semula bola tersebut dan tidak timbul semula selepas itu.

“Saksi menyatakan mereka melihat mangsa berada dalam mulut seekor buaya selepas dia terjun ke dalam sungai,” kata jurucakap Polis Tanjung Jabung Timur, AKP Editasrif.

Rakaman insiden menunjukkan penduduk kampung menjerit panik apabila buaya berkenaan menyeret mangsa ke dalam air.

Penduduk yang cemas se­ge­ra menghubungi pihak ber­kuasa, dan pasukan penye­la­mat yang tiba di lokasi me­nemui buaya itu masih meng­gonggong mayat mangsa se­belum ia menyelam ke dasar sungai.

Pasukan mencari dan menyelamat yang menjalankan operasi dengan menaiki bot kemudiannya menemukan mayat Muhammad Syahputra dalam keadaan meniarap pada pukul 9.05 malam waktu tempatan dan mengalami pelbagai kecederaan akibat serangan buaya tersebut.

Mayat Muhammad kemudian diserahkan kepada keluarganya untuk pengebumian.

Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) wilayah Jambi menerusi jurucakapnya, Lutfi Mulyawan, turut mengesahkan identiti mangsa.

Indonesia yang terletak dalam kawasan kepulauan tropika merupakan habitat kepada 14 spesies buaya, termasuk buaya muara bersaiz besar yang banyak ditemui di kawasan berair negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN