Jemaah Indonesia meninggal dunia selepas tiba di asrama haji di Jawa Barat - Utusan Malaysia

Jemaah Indonesia meninggal dunia selepas tiba di asrama haji di Jawa Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CIREBON: Suasana pilu menyelubungi pengebumian seorang jemaah haji dari Cirebon, Jawa Barat yang menghembuskan nafas terakhir di Asrama Haji Indramayu pagi semalam sebelum sempat menunaikan ibadah haji.

Allahyarham Suhendi bin Kalsum yang merupakan penduduk kampung Danawinangun, Klangenan, Cirebon meninggal dunia hanya beberapa saat selepas tiba di asrama penginapan bagi menunggu penerbangan ke Tanah Suci.

Ketika itu, dia sedang bersiap untuk menunaikan solat sunat dhuha bersama isteri dan empat anaknya.

Jenazah tiba di tempat pengebumian pada pukul 2.00 petang waktu tempatan dengan menaiki ambulans dari Indramayu.

Suasana hiba menyelubungi kediaman Allahyarham tatkala ahli keluarga dan sanak-saudara menyambut ketibaan jenazah.

Isteri dan anak-anak Allahyarham yang masih mengenakan pakaian rasmi jemaah haji berwarna ungu kelihatan sugul ketika mengiringi jenazah ke tanah perkuburan berhampiran rumah mereka.

Lebih 100 orang penduduk setempat hadir memberikan penghormatan terakhir.

Sementara itu, Ketua Seksyen Penyelenggaraan Haji dan Umrah Kementerian Agama wilayah Cirebon, Mualim, mengesahkan berita pemergian tersebut.

“Benar, seorang daripada jemaah haji dari Kabupaten Cirebon meninggal dunia. Dia ialah Bapak Suhendi bin Kalsum dari Perum Indogriya Klangenan,” katanya.

Menurut maklumat awal, Allahyarham dilaporkan berasa lemah sebelum berjalan menuju ke masjid namun ketika berada di tangga, dia terjatuh dan disahkan meninggal dunia. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya