Iran gantung lelaki jadi perisik untuk Israel - Utusan Malaysia

Iran gantung lelaki jadi perisik untuk Israel

Mohsen Langarneshin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran melaksanakan hukuman gantung terhadap Mohsen Langarneshin, seorang lelaki yang disabitkan kesalahan bekerjasama dengan agensi perisikan Israel, Mossad.

Hukuman itu dilaksanakan pada pagi Rabu, menurut laporan agensi berita rasmi Iran, Mizan.

Langarneshin didakwa memberikan sokongan logistik, teknikal, dan operasi kepada Mossad selama dua tahun bermula pada 2020.

Satu daripada tuduhan utama terhadapnya adalah penglibatannya dalam pembunuhan Kolonel Sayyad Khodai dari Pengawal Revolusi Islam (IRGC) pada Mei 2022.

Menurut laporan, Langarneshin membeli motosikal untuk menjejaki pergerakan Khodai dan memberikan maklumat tersebut kepada Mossad.

Dia juga didakwa terlibat dalam serangan terhadap sebuah tapak industri di Isfahan yang berkaitan dengan Kementerian Pertahanan Iran.

Namun, kumpulan hak asasi manusia mendakwa Langarneshin dikenakan hukuman mati selepas perbicaraan yang tidak adil dan pengakuannya diperoleh melalui penyeksaan.

Mahmood Amiry-Moghaddam, pengarah Iran Human Rights yang berpangkalan di Norway, menyifatkan hukuman itu sebagai ‘pembunuhan di luar undang-undang’.

Hukuman ini dilaksanakan di ketika ketegangan antara Iran dan Israel semakin memuncak.

Iran sering menuduh Mossad terlibat dalam operasi sabotaj dan pembunuhan yang bertujuan untuk melemahkan program nuklearnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN