GAZA: Doktor Alaa al-Najjar sedang merawat kanak-kanak yang cedera di sebuah hospital di selatan Semenanjung Gaza apabila berita tragis tentang rumah yang menempatkan 10 orang anaknya dibom disampaikan kepadanya. Seorang daripada ahli keluarganya menceritakan, pakar pediatrik itu berlari dari Kompleks Perubatan Nasser ke rumah keluarganya di bandar Khan Younis. “Apabila dia melihat mayat-mayat yang rentung, dia mula menjerit dan menangis. Hati Alaa benar-benar hancur ketika ini,” kata Ali al-Najjar, abang…










